Our website uses  cookies for statistical purposes.

  • 23 New Industrial Road, #04-08 Solstice Business Center, Singapore
  • clients(at)opencompanysingapore.com
  • +65 88364489
Our Articles

Jenis-jenis syarikat di Singapura

Jenis-jenis syarikat di Singapura

Pembentukan Syarikat di Singapura

Usahawan asing tertarik dengan kemungkinan pelaburan yang ditawarkan dan juga untuk fleksibiliti dalam memilih jenis syarikat yang  mahu dibuka di Singapura. Di bawah Akta Syarikat Singapura, pelabur asing boleh mendaftarkan salah satu entiti perniagaan berikut:

● –           syarikat

● –           perkongsian 

Pelabur asing yang ingin memulakan perniagaan pada skala yang lebih kecil boleh melakukannya dengan membuka satu pemilikan tunggal di Singapura. Berdasarkan keutamaan anda, pakar kami dalam pembentukan syarikat di Singapura boleh membantu anda membuat pilihan yang tepat mengenai jenis syarikat yang ingin didaftarkan. 

Jenis-jenis syarikat yang boleh didaftarkan di Singapura

Jenis-jenis syarikat berikut tersedia untuk pendaftaran di Singapura mengikut Akta Syarikat:

● –          syarikat liabiliti terhad 

● –          syarikat terhad dengan jaminan

Syarikat liabiliti terhad Singapura boleh menjadi sama ada persendirian atau awam, perbezaan utama antara dua jenis entiti perniagaan tersebut merujuk kepada fakta bahawa syarikat awam boleh mengapungkan saham mereka di Bursa Saham, sementara syarikat persendirian pula tidak dibenarkan. Satu lagi perbezaan terletak dalam bilangan pemegang saham di dalam dua jenis syarikat Singapura tersebut: syarikat swasta tidak boleh mempunyai lebih daripada 50 pemegang saham, sementara bagi syarikat awam ia dibolehkan. Syarikat Singapura yang dibatasi oleh jaminan biasanya ditubuhkan untuk tujuan bukan berasakan keuntungan.

Untuk mendaftarkan mana-mana jenis syarikat di atas pengasas mesti melantik sekurang-kurangnya seorang pengarah bagi kes syarikat liabiliti terhad dan dua orang pengarah bagi kes syarikat terhad dengan jaminan dan juga setiausaha syarikat pemastautin Singapura.

Jenis-Jenis Perkongsian di Singapura

Para pelabur asing boleh memulakan tiga jenis perkongsian di Singapura:

● –         perkongsian umum

● –         perkongsian terhad

● –         perkongsian liabiliti terhad 

Semua jenis perkongsian Singapura adalah entiti perniagaan yang membenarkan sekurang-kurangnya dua orang untuk memiliki perniagaan bersama. Perkongsian tidak mempunyai kewujudan sah dari segi perundangan yang jelas sebagaimana pengasasnya, oleh kerana itu rakan kongsi dipertanggungjawabkan ke atas hutang dan tuntutan dengan aset peribadi mereka. 

Terbaru, perkongsian liabiliti terhad telah diiktiraf oleh Akta Syarikat yang merupakan kombinasi di antara perkongsian dan syarikat liabiliti terhad. Perkongsian liabiliti terhad dirangka untuk golongan profesional, seperti peguam atau akauntan. Tidak kira jenis perniagaan yang anda ingin mulakan anda boleh menghubungi wakil kami dalam bahagian pendaftaran syarikat di Singapura untuk bantuan.